3 Punca Terkena Scam Pakej Semporna

Kena Scam Pakej Semporna

Hampir setiap hari ada orang mesej Team Ohhsem dan mengadu mereka kena scam. Setelah kami mengenal pasti, ini 3 punca pelancong terkena scam pakej Semporna.

 

Untuk pergi bercuti ke Semporna, anda perlu tahu yang resortnya di tengah laut dan pulaunya jauh. Elektrik di resort menggunakan genset petrol dan segala bahan mentah untuk masak perlu dibeli dari Pekan Semporna.

 

Inilah sebab harga Resort di tengah laut agak tinggi bagi sesetengah orang yang tidak tahu mengenai kos.

 

1. Nak Pakej Murah

 

Scammer mengambil peluang menipu pelancong yang ingin menginap di resort tengah laut ala-ala Maldives.

 

Scammer ini menawarkan harga pakej Semporna yang murah. Pakej lengkap 3 hari 2 malam menginap di Royal Resort berharga RM2,688. Tapi scammer jual pada harga RM1,500 termasuk tiket flight.

 

Scammer menggoda anda, mereka share video resort viral dengan harga yang terpaling murah. Ramai yang tewas di cubaan pertama.

 

2. Tak Selidik Betul-Betul

 

Scammer ni bijak tau! Mereka akan pakai nama syarikat yang berdaftar dengan MOTAC “Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia.” Buka terus website MOTAC di sini >> https://www.motac.gov.my/en/check/tobtab

 

Siap tunjuk gambar frame SIJIL MOTAC syarikat. Tak akan lah tak percaya lagi?

 

Anda pun mengiyakan tanpa selidik dengan betul. Sedangkan Scammer ini hanya menunggang nama syarikat mengikut suka hati mereka.

 

Bila anda nak bayar, scammer akan bagi nombor akaun bank personal, bukan akaun bank syarikat.

 

Alasannya, “Bos minta guna akaun personal.” Anda pun percaya, maka terbakarlah duit anda! 

 

3. Gelojoh! Takut Terlepas Peluang

 

Sebelum anda kena tipu, scammer akan buat anda gelisah. Mereka akan main psikologi dengan mesej push :-

“Resort ni hanya tinggal 1 bilik saja”

“Anda akan dapat Diskaun 50% jika bayar hari ni”

“Maaf! bilik dah penuh.”

 

Anda pun sedih sebab tak dapat book, tiba-tiba esok mereka mesej anda, bilik available dan minta buat bayaran segera. Lalu anda jadi orang yang terpaling percaya! Gelojoh, “Kali ni aku tak nak terlepas peluang.”

 

Terus transfer membabi-buta ke nama akaun bank entah sesiapa. Scammer gelak, huahuahuahua

 

Logo Ohhsem Travel

 

So hati-hati ya! beritahu kepada kawan-kawan, keluarga dan share artikel ini supaya mereka juga mendapat manfaat.

 

Jika anda tak nak pening kepala, book terus dengan Ohhsem travel. Kami akan uruskan percutian anda ke Semporna dari awal sampai balik. Healing Semporna! Sila whatsapp Team Ohhsem, klik sini >> https://ohhsem.yzza.io/Semporna

 

 

Oliy : 019-3660119

Mila : 019-6900119

Maria : 013-2610119

 

Join telegram channel Ohhsem (DISINI) untuk dapatkan info terkini tentang Pulau-Pulau di Semporna.

Panduan Eksklusif 10 Persediaan Wajib Sebelum Bercuti Ke Semporna

Akses percuma ini hanya ada pada masa yang terhad. Klik button di bawah untuk akses.