3 Kes Lanun! Punca Takut Bercuti Ke Semporna

Memang betul pernah terjadinya 3 Kes Lanun! Punca Takut Bercuti Ke Semporna. Kes ini menggugat keselamatan negara terkait sektor pelancongan yang membuatkan rakyat Malaysia dibelenggu rasa risau bercuti ke Semporna.

Sehingga ke hari ini, tahun 2025, masih ramai rakyat Malaysia yang hanya mampu tengok keindahan pulau-pulau di Semporna dari media sosial saja.

Hati teringin nak bercuti ke sana! Tapi sayangnya… bayang-bayang Abu Sayyaf masih menghantui fikiran anda. Akhirnya, plan percutian terpaksa dibatalkan sebab takut dengan kes 11 tahun yang lalu.

Ini 3 kes lanun dan penculikan yang berlaku di Semporna.

 

1. Kes Sipadan – 2000

Tarikh: 23 April 2000
Lokasi: Pulau Sipadan, Semporna
Apa yang berlaku:

  • 21 orang, termasuk pelancong asing dari Jerman, Perancis, Finland, Afrika Selatan, dan Filipina, diculik oleh 6 orang bersenjata.
  • Mereka dibawa menggunakan bot laju ke selatan Filipina, dipercayai ke Jolo, Sulu.
  • Kumpulan Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab.
  • Tuntutan tebusan melibatkan wang dan pembebasan tahanan.
  • Kes ini mencetuskan kebimbangan besar dalam industri pelancongan Malaysia.

Tindakan Kerajaan:

  • Kerjasama diplomatik antara Malaysia, Filipina, dan Jerman bagi rundingan tebusan.
  • Operasi ketenteraan Filipina dilakukan untuk menyelamatkan tebusan.
  • Malaysia meningkatkan kehadiran Pasukan Polis Marin di perairan Sabah.
  • Kerajaan mula menyedari keperluan kawalan sempadan yang lebih ketat.

2. Kes Mabul – 2014

Tarikh: 12 Julai 2014
Lokasi: Resort Mabul Water Bungalows, Semporna
Apa yang berlaku:

  • Seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik.
  • Disyaki dilakukan oleh militan dari selatan Filipina.
  • Kes ini mengganggu keselamatan kawasan pelancongan dan operasi menyelamat dilancarkan.

Tindakan Kerajaan:

  • Operasi besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyekat laluan penculik.
  • Penggunaan teknologi radar dan dron di kawasan perairan Sabah.
  • Penambahan kemudahan ketenteraan di pulau-pulau strategik seperti Pulau Mabul dan Pulau Pom Pom.
  • Kerajaan melaksanakan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE) – melarang pergerakan bot tanpa permit di waktu malam.

3. Kes Singamata Reef Resort – 2014

Tarikh: 2 April 2014
Lokasi: Singamata Adventures Reef Resort, Semporna
Apa yang berlaku:

  • Dua orang wanita, seorang pelancong warga China dan seorang pekerja resort warga Filipina, telah diculik.
  • Mereka dilarikan ke selatan Filipina.
  • Abu Sayyaf sekali lagi dipercayai terlibat.

Tindakan Kerajaan:

  • Pelancaran ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) diperkukuh – pusat kawalan keselamatan khas bagi pantai timur Sabah (ditubuhkan pada 2013, dipertingkatkan selepas kejadian).
  • Rondaan laut dan udara diperbanyakkan.
  • Operasi khas perisikan dilaksanakan bersama Filipina dan Indonesia.
  • Malaysia memperketat syarat keselamatan resort termasuk penggunaan CCTV, kawalan bot, dan larangan operasi malam.

3 Kes Lanun! Punca Takut Bercuti Ke Semporna

Kepada anda yang masih risau akan kes lanun di Semporna. Team Ohhsem sarankan anda tonton filem Takluk Lahad Datu. Ramai polis dan askar Malaysia mati ketika perang bersama kumpulan lanun yang dipimpin Abu Sayyaf tapi akhirnya kerajaan Malaysia menang dan menawan pulau di daerah Semporna.

Setelah kerajaan menaikkan tahap keselamatan di pulau, akhirnya Pulau Sipadan menjadi tarikan pelancongan di mata dunia.

“Jangan risau dik, abang ada!” – Syafiq Kyle .

Dalam sebulan, Ohhsem Travel menguruskan 1,000-1,500 orang pelancong yang bercuti ke Semporna. Mereka menikmati keindahan pulau dengan aman dan selamat.

Jangan tunggu lama-lama! lihat pakej percutian ke Semporna dan booking bersama Ohhsem Travel. Kami jamin keselamatan anda di Semporna!

 

Hati-hati dengan pakej scam Semporna : Baca di sini!

Ohhsem travel akan uruskan percutian anda ke Semporna, sila whatsapp Team Ohhsem, klik sini >> https://ohhsem.yzza.io/Semporna

 Oliy : 019-3660119

Mila : 019-6900119

Maria : 013-2610119

Panduan Eksklusif 10 Persediaan Wajib Sebelum Bercuti Ke Semporna

Akses percuma ini hanya ada pada masa yang terhad. Klik button di bawah untuk akses.