Setiap bulan ada saja kes pelancong kena scam pakej Semporna. Team Ohhsem selalu dapat aduan dari orang yang kena tipu oleh scammer tidak bertanggungjawab.
Kadang-kadang saya hampir tak percaya sebab ramai yang kena tipu! dalam seminggu ada 4 ke 5 group kena scam. Itu yang buat saya kesal dengan apa yang terjadi. Semua orang teringin nak bercuti ke Semporna tapi nak pergi bercuti ke sini tak semudah dan semurah yang anda sangka.
Untuk pergi bercuti ke Semporna ni anda perlu tahu yang resortnya di tengah laut dan pulaunya jauh-jauh. Senang cerita, anda memang memerlukan travel agensi yang menguruskan pecutian anda.
Kali ni saya nak kongsi kepada anda lima tips cara mengelak dari anda kena scam pakej Semporna.
1- Cek Syarikat tersebut berdaftar dengan MOTAC atau tidak?
Apa tu MOTAC? adalah Minister of Tourism and Culture, Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia.
Buka terus website MOTAC di sini >> https://www.motac.gov.my/en/check/tobtab
Kemudian anda masukkan nama syarikat atau nombor MOTAC syarikat tersebut.
Anda boleh lihat, ada atau tidak. Kenapa pentingnya syarikat tersebut berdaftar dengan MOTAC? sebabnya nak dapatkan lesen MOTAC bukannya mudah.
Syarikat itu perlulah SDN. BHD. mempunyai kewangan yang kukuh dan mempunyai ofis berserta staff yang membolehkan sesebuah syarikat itu beroperasi dalam sektor pelancongan.
Hati-hati jika ada orang menggunakan nama dan nombor motac syarikat lain atau mengatakan ia adalah anak syarikat kepada sesuatu syarikat yang berdaftar dengan MOTAC. Ramai yang terkena scam cara begini. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar dengan MOTAC, ia jelas RED FLAG!
2- Lihat Facebook, Instagram dan Tiktok syarikat tersebut aktif atau tidak?
Jika facebook pun tiada, instagram pun hidup mati segan tak mahu, tiktok hanya ada 5 video dan tiada website.
Itu tandanya scammer, mereka setup sikit asal ada, biasanya di facebook mereka run iklan, dia beli view supaya banyak tontonan lalu dia beli juga like supaya buat anda percaya. So anda perlu berhati-hati, kena tengok bahagian komen ada tak user orang Malaysia yang komen.
3- Baca feedback customer syarikat tersebut di google review
Ini yang jarang orang check, mudah saja. Anda buka google kemudian cari nama syarikat tersebut contohnya Ohhsem Travel, nah anda tengok di situ ada tak review customer.
Hati-hati dengan feedback screenshot mesej yang di kongsi kepada anda sebab mesej-mesej itu boleh dibuat melainkan video review. TRUSTED 100%
4- Abaikan pakej murah yang tidak masuk akal!
Orang kita punya kelemahan adalah pantang tengok pakej murah, terus menggeletar satu badan nak booking.
Harap maklum, pakej Semporna resort tengah laut tiada yang murah. Saya pelik ada orang percaya pakejRM1,000 termasuk tiket fight.
Anda kena tahu yang penerbangan KL- Tawau-KL merupakan domestik flight yang paling jauh dalam Malaysia, mengambil masa kira-kira 3 jam tau! Tiket flight saja sudah RM450-RM700, mana mungkin pakej Semporna all in RM1,000. TAK MASUK AKAL
5- Akaun bank tidak sama dengan nama syarikat
Dah kaji-kaji semuanya ok, tiba-tiba bila nak transfer. Dia bagi akaun bank personal.
Mana boleh, urusan bisnes syarikat kenalah transfer ke akaun syarikat juga. Itulah scammer ni mereka akan menggunakan akaun bank orang-orang lain. Becareful!
Andai akaunnya betul sama seperti nama syarikat, selepas anda transfer deposit ataupun full payment pastikan anda dapat invois ataupun resit daripada syarikat tersebut.
Itulah 5 tips yang penting! dengan meluangkan masa sedikit anda telah menjadi bijak dan dapat mengelakkan diri anda daripada ditipu pakej Semporna.
Tahniah saya ucapkan kepada anda. So hati-hati ya! beritahu kepada kawan-kawan anda yang lain dan share artikel ini supaya mereka juga mendapat manfaat.
Jika anda tak nak pening kepala, serahkan kepada Ohhsem travel untuk menguruskan percutian anda ke Semporna.
We make your vacation like a dreams come true.
OHHSEM | THE KING OF SEMPORNA