Bajau Laut Antara Keunikan Semporna

Bajau Laut Jual Kelapa Di Mabul

Bajau Laut dikenali sebagai ‘Sea Gypsies’ disebabkan cara hidup mereka yang nomad dan berlayar dari satu tempat ke tempat yang lain.

Mereka boleh ditemui di Pulau Mabul, Bohey Dulang, Sibuan, Maiga, Mantabuan, Selakan, Omadal dan banyak lagi pulau lain di sekitar Semporna. Ini sebabnya Bajau Laut menjadi antara tarikan dan keunikan di Semporna.

 

Bajau Laut Mabuk Di Darat

Legenda Bajau Laut di Borneo, mereka ini jarang menjejakkan kaki ke darat. Jika mereka berjalan di darat, mereka akan termuntah. Umpama kita orang biasa yang pertama kali naik sampan di tengah laut yang berombak besar, maka kita juga akan muntah kerana mabuk laut. Tapi mereka mabuk darat. 

Jangan pelik! Hehe itu satu keunikan

 

Sejak Baby Sudah Pandai Berenang

Tradisi Bajau Laut, dalam beberapa minggu selepas mereka melahirkan anak, si Ibu akan memandikan anaknya di laut dan sesetengah bapa mencampakkan anaknya di laut supaya mengajar baby berenang seawal usia. 

Jangan terkejut! itu sebab mereka digelar AQUAMAN! 

 

Bajau Laut boleh menyelam tanpa alatan diving

Bajau laut adalah diver yang luar biasa. Ramai di antara mereka telah menguasai seni menyelam bebas hingga kedalaman melebihi 20 meter sambil menahan nafas selama 5-15 minit. Semua ini dilakukan ketika mereka memburu ikan, udang kara, timun laut dan hidupan laut yang lain.

 

Mengikut jejak nenek moyang mereka, Bajau laut mencari rezeki sepenuhnya berdasarkan sumber lautan.

 

Pada tahun 1980-an sebelum Pulau Mabul dan Pulau Sipadan yang kini terkenal di seluruh dunia, pulau-pulau tersebut kebanyakannya dibiarkan tidak terusik.

 

Ketika itu, satu-satunya penghuni adalah daripada etnik Bajau dan Suluk. Hari ini, kawasan tersebut telah berubah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dan menarik minat pelancong dari seluruh dunia. Itu sebabnya Bajau Laut antara keunikan Semporna.

 

Status Bajau Laut Yang Jarang Diketahui Orang

Namun, nasib Baju Laut sebahagian besarnya tetap tidak berubah. Mereka masih lagi dianggap sebagai golongan ‘Stateless’. Menurut (PBB), terdapat lebih daripada 10 juta orang stateless di seluruh dunia.

 

Kebanyakannya Bajau Laut yang tidak diberikan status kewarganegaraan oleh Malaysia, Filipina, atau Indonesia kerana mereka dianggap tinggal di perairan Laut Sulu dan Celebes dan bukan secara mutlak di darat milik mana-mana negara sekeliling.

 

Itulah antara tarikan pelancong ke Semporna, ramai pelancongan ingin melihat kehidupan dan budaya Bajau laut yang unik. Kenapa Semporna digelar Syurga dunia? Baca (DISINI)

 

Jom bercuti ke Semporna dan meneroka budaya Bajau Laut bersama Ohhsem Travel!

Logo Ohhsem Travel

Join telegram channel Ohhsem (DISINI) untuk dapatkan info terkini tentang Pulau-Pulau di Semporna.

 

 

Panduan Eksklusif 10 Persediaan Wajib Sebelum Bercuti Ke Semporna

Akses percuma ini hanya ada pada masa yang terhad. Klik button di bawah untuk akses.