Di Semporna ada puluhan pulau-pulau yang indah. Kali ini, saya nak kongsi kepada anda 9 Pulau Tercantik Di Semporna Yang Anda Wajib Pergi!
1- Pulau Sipadan
Pulau Sipadan adalah “TOP LIST” pelancong bercuti ke Semporna. Satu dunia mengakuinya, malah pada tahun 2009, World Travel List menyenaraikan Pulau Sipadan antara “Top 5 the best dive site in the world”. Jika anda seorang diver, maka anda akan tahu tentang keindahan terumbu karang yang berwarna-warni di Pulau Sipadan.
Cuma nak ke Pulau Sipadan ini agak jauh, perjalanan dari Pekan Semporna menaiki bot mengambil masa hampir 2 jam. Entry Fee Pulau Sipadan juga agak tinggi, menjangkau RM1,000 seorang. Jadi untuk anda yang hanya pandai snorkeling, sebaiknya ambillah lesen diving bersama Ohhsem Travel dan dive di Pulau Sipadan, sangat berbaloi!
2- Pulau Mabul
Maldives Malaysia! itulah gelaran orang ramai kepada Pulau Mabul. Ya! memang tidak dinafikan, jika anda berjalan di Mabul Water Bungalow, keindahannya persis Maldives! banyak spot bergambar. Anda yang suka berOOTD, wajib pergi ke Pulau Mabul.
Entry Fee Mabul Water Bungalow :-
Dewasa : RM50
Kanak-Kanak : RM25
3- Pulau Kapalai
Pasir terkumpul hasil gulungan ombak, kemudian terhasillah Pulau Kapalai. Di sini, ada sebuah resort iaitu Kapalai Dive Resort. Ada 88 bilik tetapi selalu fully booked. Jika anda nak menginap di Kapalai Resort, sila book pakej VIP Ohhsem seawal 4-5 bulan dari tarikh bercuti.
4- Pulau Bohey Dulang
Pemandangan dari puncak Pulau Bohey Dulang, ianya bagaikan mimpi di syurga kayangan. Sebelum sampai syurga, anda perlu melalui ujian mental dan fizikal. Hiking 700 meter, perjalanan mendaki mengambil masa 30 minit buat orang biasa. Trek level Amatur, sesuai untuk semua golongan kanak-kanak mahupun orang tua.
Baca tips Hiking Bohey Dulang >> DISINI
Dah sampai Semporna, wajib jejakkan kaki di puncak Bohey Dulang. Macam mana nak pergi ke sini? ambil pakej Ohhsem Travel, kami aturkan trip anda.
We make your vacation like a dreams comes true.
5- Pulau Mantabuan
Pulau Mantabuan adalah pulau singahan untuk makan tengah hari. Jika air cetek, bot tidak dapat masuk ke pulau. Jika ada rezeki, maka anda dapat menikmati keindahan air jernih kristal Pulau Mantabuan.
6- Pulau Sibuan
Pualu Sibuan antara Top 3 Pulau yang anda wajib pergi jika bercuti ke Semporna. Di pulau Sibuan inilah artis-artis Malaysia bergambar.
Pasir putih, air jernih di Pulau Sibuan dan coral yang berwarna-warni, sungguh pulau ini luar biasa.
7- Pulau Mataking
Jika anda kaki snorkeling, Pulau Mataking is the best spot untuk anda explore keindahan dalam laut. Buat anda yang nak try diving tapi tiada lesen. Team Ohhsem boleh bawa anda DSD di Pulau Mataking.
Keindahannya, Subhanallah. Zikir dulu sahabat!
8- Pulau Timba-Timba
Pulau Timba-timba terkenal dengan pasir yang panjang. Jika anda berlari dari hujung ke hujung pantai, anda boleh pengsan. Ya! panjang benar! lebih 1 kilometer.
Yang bestnya di Pulau Timba-timba ini banyak penyu. Anda berpotensi besar dapat melihat penyu semasa melakukan aktiviti snorkeling.
Bila jumpa penyu, relax, jangan gelabah, nanti penyu lari. Ingat ya! relax… lepas tu, sila book pakej dengan Ohhsem Travel!
9- Pulau Pom-Pom
Dah penat asyik snorkeling. Di Pulau Pom-Pom anda boleh santai di bot atau turun ke air laut yang cetek. Di Pulau Pom-pom ini, aktiviti ringan-ringan je. Rekod video dan bergambar sepuas-puasnya.
Lepas tu, anda post di FB, Instagram, Tiktok dan jangan lupa tag Ohhsem Travel tau!
itulah 9 Pulau Tercantik Di Semporna Yang Anda Wajib Pergi! Bagitahu kawan-kawan, keluarga, saudara-mara. Jom bercuti ke Semporna bersama Ohhsem Travel.
Jangan Mati Sebelum Kau Sampai Semporna!
Join telegram channel Ohhsem (DISINI) untuk dapatkan info terkini tentang Pulau-Pulau di Semporna.