Pertama sekali, anda perlu tahu perbezaan Monsun dan Tengkujuh. Benarkah Semporna tiada Monsun?
Perubahan Angin berlaku pada bulan November – Mac
Monsun berlaku kerana perubahan angin secara bermusim yang meliputi satu dunia manakala tengkujuh pula adalah disebabkan hujan lebat yang berpanjangan di sesuatu kawasan.
Tengkujuh ini bersangkut paut dengan Monsun seperti yang berlaku di Pantai Timur Semenanjung (Kelantan & Terengganu) dan Pantai Barat Sabah (Kota Kinabalu).
Perkara ini berlaku setiap tahun yang mengakibatkan ribut dan banjir pada bulan November sehingga Mac sekaligus menjejaskan sektor pelancongan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang terpaksa ditutup demi keselamatan.
Kenapa Pulau-Pulau Di Semporna Tak Tutup?
Semporna yang terletak di Pantai Timur Sabah masih terkena Monsun, tetapi kesan Monsun di kawasan Semporna adalah lebih ringan berbanding kawasan lain di Malaysia.
Semporna tidak mengalami musim tengkujuh yang ketara seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Walaupun terdapat hujan dan kadang-kadang laut bergelora, Semporna jarang mengalami banjir besar atau ribut yang teruk.
Semporna memang terkenal dengan cuaca yang selalunya terik dan cerah. Disebabkan cuaca yang stabil dan tidak ekstrem, maka pelancong dapat merasai momen indah menginap resort yang berada di tengah Laut Sulu, Semporna.
Waktu Yang Terbaik Bercuti Ke Semporna
Anda boleh datang pada bila-bila masa kerana Semporna tidak ditutup dan aktiviti island hopping berjalan setiap hari sepanjang tahun.
Hati-hati dengan pakej scam Semporna : Baca di sini!
Jom Booking pakej percutian ke Semporna bersama Ohhsem Travel, kami boleh tolong belikan tiket flight tanpa sebarang caj, percuma ja. Sila whatsapp Team Ohhsem, Klik link ini >> https://ohhsem.yzza.io/Semporna
Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi terus Team Ohhsem
Oliy : 019-3660119
Mila : 019-6900119
Maria : 013-2610119