Tips Nombor 3 tu ramai orang abaikan!
Pulau Bohey Dulang ialah pulau kedua terbesar di antara Kepulauan Taman Laut Tun Sakaran.
Dari Pekan Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa sekitar 30 minit menaiki bot. 🚤
Pemandangan dari puncak Bohey Dulang persis Wayag, Raja Ampat. Sangat cantik!
Ikuti 5 tips hiking Pulau Bohey Dulang di bawah :-
1. Sarapan Pagi sebelum hiking Bohey Dulang
Nampak macam tiada apa. Tapi bila anda sudah hiking nanti, baru anda tahu bagaimana mendaki bukit ketika perut kosong.
Sudah pasti, kepala anda akan pening dan mula nampak bintang berkelipan ketika siang. Haha
Anda sarapan lah dulu sebelum pergi ke Bohey Dulang tau!
2. Guna pakaian yang selesa
Pakai baju sukan yang ringan dan kasut yang sesuai untuk hiking Bohey Dulang. Wajib pakai kasut ya!
Jangan pula anda pakai seluar jeans ketat dan baju sendat macam nak pergi ke Mall
Saya kesian dengan badan anda nanti, sesak nak bernafas. Haha Ingat ya!
3. Bawa air secukupnya semasa hiking Bohey Dulang
Tour guide akan explain detail sebelum mendaki, anda perlu jujur dengan keadaan kesihatan diri.
Sila bawa air kerana di atas puncak tiada Starbuck! Anda akan mendaki bukit dengan ketinggian 700 meter.
Bagi orang biasa yang jarang hiking, ianya mengambil masa sekitar 30 minit mendaki.
Penat, Ya memang penat, saya pun tercungap-cungap. 😩
Jangan lupa ikut 5 Tips Hiking Pulau Bohey Dulang! Okay jom sambung tips yang ke 4
4. Bawa Kamera
Bila anda dah sampai di puncak lalu melihat keindahan pulau-pulau kecil di hadapan Bohey Dulang.
Maka hilanglah segala kepenatan. Huwaaaaaaaa~ ini jeritan kepuasan! haha
Jangan lupa untuk bergambar dan rekod video sebanyak yang mungkin.
Untuk makluman anda, drone tidak dibenarkan terbang di Pulau Bohey Dulang.
Nanti risau anda kena saman dengan pihak Sabah Park pula.
5. Ikut trip hiking Bohey Dulang bersama Ohhsem Travel
Bergembira dan berbanggalah kerana anda dapat melihat panorama Bohey Dulang yang sangat indah.
Luangkan masa anda, nikmati pemandangan bersama travel buddies. 😍🏝️
Percutianmu Tidak Sempurna Sebelum Kamu Sampai Semporna! 🏝✈️
Sila whatsapp Team Ohhsem untuk booking pakej Semporna, Klik link ini >> https://ohhsem.yzza.io/Semporna
Hati-hati dengan pakej scam Semporna : Baca di sini!
Q&A : Soalan dan Jawapan Trip Bohey Dulang
Adakah trip mendaki Bohey Dulang mencabar?
= Tidak begitu mencabar, Sabah Park sudah buat trek yang bagus untuk semua golongan mendaki
Apakah level trek Bohey Dulang?
= Amatur
Berapakah ketinggian Puncak Bohey Dulang
= 700 meter
Adakah kanak-kanak boleh mendaki?
= Boleh, mengikut tahap kecergasan kanak-kanak tersebut
Jika tidak hiking, apa nak buat?
= Anda boleh santai dan bergambar di Jeti Bohey Dulang. Di bawah bukit juga ada Muzium Sabah Park
Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi terus Team Ohhsem
Oliy : 019-3660119
Mila : 019-6900119
Maria : 013-2610119
Facebook : ARIF AZHAR | Instagram : @aripye
We make your vacation like a dreams come true.
OHHSEM | THE KING OF SEMPORNA