
Ramai yang tertanya-tanya, Diving Di Semporna Tanpa Lesen Pun Boleh? dan tak pandai berenang boleh diving ke?
Jawapannya, Ya, Boleh! Semporna adalah tempat paling sesuai untuk anda buat aktiviti diving walaupun anda langsung tak ada pengalaman dan tak pandai berenang.
Discovery Scuba Dive (DSD)
Diving Tanpa Lesen
Kalau anda belum ada lesen scuba diving, anda boleh cuba DSD – ia adalah aktiviti diving yang dibuat khas untuk beginner atau mereka yang tak ada lesen menyelam.
Dengan DSD:
Tak perlu pandai berenang sebab anda akan dibantu dan akan ditemani Dive Master 1-on-1 sepanjang aktiviti menyelam
Anda akan diberikan taklimat keselamatan & teknik asas oleh Instruktor
Menyelam sehingga kedalaman 5-12 meter, bergantung pada keselesaan anda, yang penting jangan panik!

Kenapa Semporna Tempat Terbaik Untuk Diving?
Semporna terkenal sebagai antara destinasi diving tercantik di Malaysia dan dunia, kerana
✅ Air laut jernih & biru turquoise
✅ Terumbu karang yang berwarna-warni dan subur
✅ Banyak hidupan laut seperti penyu, ikan nemo, barracuda, ikan pari dan lebih 500 spesies marin
✅ Lokasi diving popular: Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Sibuan, Bohey Dulang dan banyak lagi!
Tak Pandai Berenang Boleh Diving ke?
Boleh sangat! Ramai pelancong kami di Ohhsem Travel yang tak tahu berenang, tapi masih boleh diving dengan selamat dan seronok. Anda akan pakai peralatan lengkap seperti:
Kaki Itik (fins)
Instruktor akan pegang anda dari mula hingga akhir. Jadi, tak perlu risau.
Wetsuit & Jaket keselamatan (BCD)
Mask & regulator oksigen
Paling best sebab alatan diving Ohhsem Travel semuanya baru dan tip-top!
Wow! Diving Di Semporna Tanpa Lesen Pun Boleh?

Pakej Scuba Diving Ohhsem Travel
Kami di Ohhsem Travel menyediakan pakej scuba diving mesra beginner yang lengkap:
🚤 Bot pergi & balik ke lokasi diving
👨🏫 Instructor professional & mesra
💯 Alat diving disediakan lengkap
🍱 Makan tengah hari disediakan
📸 Gambar & video bawah laut disediakan
Go Pro : RM99 / Insta 360 : RM149 / Photographer Underwater + Go Pro : RM199
Aktiviti ini sesuai untuk solo traveller, pasangan, keluarga, dan rakan-rakan.

Tips Penting Untuk First Time Diver
Paling penting – nikmati keindahan dunia bawah laut!
Jangan tahan nafas semasa menyelam
Rileks dan ikut arahan instruktor
Gunakan isyarat tangan untuk komunikasi
Kalau anda nak rasa pengalaman diving tanpa lesen yang selamat dan menyeronokkan, Semporna adalah destinasi terbaik di Malaysia! Dan kami di Ohhsem Travel sedia bantu anda dari A sampai Z.
📲 Hubungi kami sekarang untuk tempah >>> Pakej Discovery Scuba Diving Semporna

Seawalking Di Semporna, Sangat Seronok!
Tonton video di sini >>Sea Walking Semporna

9 Pulau Tercantik Di Semporna Yang Anda Wajib Pergi! Baca di sini!