Trick Dapatkan Tiket Flight Murah ke Semporna

Tiket flight murah ke semporna

Buat anda yang pertama kali ingin bercuti ke Semporna, ini trick dapatkan tiket flight murah ke Semporna serendah RM298 sehala.

 

KUALA LUMPUR – TAWAU (KUL-TWU) – Flight Pergi

 

Sebelum itu, anda kena tahu yang ibu negeri Sabah adalah Kota Kinabalu, sesetengah orang ingatkan Semporna berada di Kota Kinabalu. Jadi mereka pun terus beli tiket flight dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu sedangkan untuk ke Semporna, anda perlu terbang ke Tawau.

 

Untuk pengetahuan anda, flight domestik yang paling jauh adalah Kuala Lumpur ke Tawau. Mengambil masa penerbangan sekitar 2 jam 55 minit. Hampir 3 jam naik kapal terbang, dah macam pergi ke luar negara. 

 

 

Bilakah waktu penerbangan terbaik pergi ke Semporna?

 

Ambil flight ke Semporna pada waktu pagi sebab kebiasaanya tiketnya murah dan daripada segi waktu juga terbaik. Anda boleh ambil flight pukul 6:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.

 

Elakkan flight petang kerana selepas anda landing di Airport Tawau, perjalanan nak ke Pekan Semporna mengambil masa 1 jam 30 minit. Kemudian tambah lagi 30 minit perjalanan naik bot menuju ke resort. 

 

Jika anda beli tiket flight KUL-TWU petang ataupun malam. Anda terpaksa tidur satu malam di Pekan Semporna kerana bot tidak dibenarkan bawa penumpang selepas jam 6:30 petang.

 

TAWAU- KUALA LUMPUR (TWU-KUL) – Flight Pulang

 

Untuk flight pulang dari Tawau Airport ke KLIA, saya sarankan anda ambil flight malam. Kalau boleh flight yang paling last sebab biasanya hari terakhir anda di Semporna akan ada aktiviti island hopping. 

 

Aktiviti island hopping akan habis sekitar pukul 4:30 petang. Jika flight pulang anda petang, anda tidak dapat buat aktiviti terakhir. Beli tiket flight pulang pada waktu malam kerana jauh lebih murah berbanding flight petang.

 

airasia_planes

 

Berapakah harga tiket flight MURAH ke Semporna? (KUL-TWU-KUL)

 

Harga tiket flight yang murah pergi dan pulang ke Semporna di bawah RM400. Beli semasa promo Airasia, anda boleh dapat sekitar RM350. Untuk harga tiket flight standard sekitar RM450 sehingga RM600.

Mahalnya!!! Ye ke? Anda kena tahu perjalanannya jauh, 3 jam terbang umpama pergi ke luar negara. Jika waktu cuti sekolah, harga tiket flight ke Semporna akan naik sekitar RM700 sehingga RM800.

 

Logo Ohhsem Travel

Buat anda yang tidak pernah beli tiket flight atau risau tersalah beli tiket flight, jangan risau!

 

Ambil pakej percutian ke Semporna dengan Ohhsem Travel, kami boleh tolong belikan tiket flight anda tanpa sebarang caj, percuma je. Team Ohhsem akan pilih penerbangan yang murah dan mengikut waktu penerbangan yang sesuai dengan pakej yang anda tempah. Lihat pakej Semporna ( DI SINI )

 

Anda mesti nak lebih banyak tips tentang percutian ke Semporna kan?

 

Follow Ohhsem Travel di :-

Media social Ohhsem Travel

 

Join telegram channel Ohhsem (DISINI) untuk dapatkan info terkini tentang Pulau-Pulau di Semporna.

 

Jangan Mati Sebelum Kau Sampai Semporna!

 

 

 

Panduan Eksklusif 10 Persediaan Wajib Sebelum Bercuti Ke Semporna

Akses percuma ini hanya ada pada masa yang terhad. Klik button di bawah untuk akses.